Jumaat, 17 Jun 2011

PEREMPUAN MEMANG BEGINI :)

ANDAI LELAKI TAHU
apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya :)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi die sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila seorang perempuan marah,memang die tidak mampu mengawal perasaannya,tetapi percayalah,itulah maknanya die sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.lihat saja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergadoh.tapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila seorang perempuan itu bercakap banyak,die tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tetapi die mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan berkata die mahu anda berubah,itu bukan bermakna die tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi die mahu anda lebih baik bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna die tidak sayang,tetapi die terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan perhatian.kadang-kadang die terlalu risau sekiranya terlalu percaya anda akan mengkhianati kepercayaan yang di beri.naluri keibuannya sangat kuat.die hanya mahukan yang terbaik untuk anda..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan merajuk jangan kata die mengada-ngada.die bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit dan hadiah sedozen,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan jarang mengatakan "i love u",itu bukan bermaksud die tidak menyintai tetapi die mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan kata rindu sama kamu,die benar-benar maksudkannya.apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain dimata..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu,jangan percaya kata-katanya kerana die hanya mahu menguji kamu.die mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya.walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya.selagi die dengan kamu,percayalah walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya,tetapi dihatinya,kamu tetap yang terbaik..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan menjadi degil die bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi die mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya.percayalah,hati perempuan itu sangat lembut.andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya die menukar fikirannya dalam masa sesaat..:)
ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya"die tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.apabila die kembali tenang,percayalah die akan mencari anda semula.itu tandanya die benar-bnar menyintai anda.perempuan sukar untuk mengawal perasaan.die terlalu emosional.tapi dielah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan diri anda..:)
ANDAI LELAKI TAHU
sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan tersendiri.tetpi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali.disebalik air matanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu berasa selamat bersamanya.biarpun zahirnya perempuan itu tampaknya lemah tetapi die mempunyai kekuatan sendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana die didatangkan bukan dengan kelemahan saje tetapi die juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.dielah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan